Saturday, April 16, 2016

mak :(

21 February 2016

jam pukul 12,aku nak masuk tidur.sejak seminggu yg lepas rutin aku sebelum tidur aku akan menjengah ke katil mak dan pegang erat tangan mak dan kucup dahi mak sambil bisik ke telinga mak"maafkan kakak,salah silap kakak pada mak".sudah seminggu mak terlantar sakit di atas katil tepi tingkap.lebih seminggu juga aku tak dengar percakapan nya dan bebelaan nya apatah lagi senyuman nya.Dugaan yg agak berat buat kami sekelurga untuk terima yang mak sakit sedangkan mak sihat sihat seperti biasa aje sebelum ni,siap berkebun lagi.Mak pada mulanya hanya lah pening kepala dan kemudian tak dapat bangun dan terlantar sahajamakan pun tidak lalu 

hari ke 3 mak sakit,mak masih mampu bercakap dan bertanya kan hal aku,masih bertanya aku tak keje ke hari ni ?kenapa tak kerja ?selamba aku menjawab"harini kakak tak kerja,nak jaga mak"

masuk hari 5 dan 6,mak dah semakin kurang bercakap,mak langsung tidak mahu menjamah makanan.badan mak makin lemah,tetapi dipaksa juga makan oleh makcik aku yg jaga mak masa tu.badan mak makin lemah takkan nak dibiarkan tanpa makanan.masuk hari yg keberapa entah mak makin lemah,selepas pukul 6,makcik aku cuba mengambil bacaan nadi nya,tetapi bacaan nadinya menjadi semakin lemah dan terus lemah,kami semua baca yassin tanpa henti,agar mak kuat dan kembali seperti biasa,pada pandangan aku,aku sangat yakin pada masa tu emak akan pulih seperti biasa,mak aku sihat macam biasa,susah untuk aku terima hakikat yang mak sakit,susah :( 
alhamdulilah,bacaan nadi mak mula aktif selepas beberapa jam.lega kami buat malam itu seketika.

pada keesokkan nya,macam biasa lepas mandi dan basuh najis mak,aku akan tunggu disamping mak,pegang tangan mak,pegang pipi mak,usap rambut mak,tengahari tu,dia genggam tangan aku erat,erat sangat,kemudian dia letak dekat hati dia,masa tu aku dapat rasakan sayang berbaur takut untuk pergi,since that,aku cakap pada hati aku kene redha dengan apa yang bakal jadi.Untuk makluman korang,masa ni mak dah tak kenal sesiapa dah,dia dah tak cam sesiapa dah,even her own son and daughter,so dia macam such a heartbreaking weh.semua tanda tanda untuk mak pergi semua dah ada,so ktorang macam try convince our heart still mak akan pulih.

macam biasa setiap malam akan ku kuncup dahi mak sebelum aku tido dan mintak maaf dekat mak incase pape jadi.

khamis malam jumaat,malam tu angin kuat macam nak hujan,pukul 2.45 aku terjaga,hari hujan dan tiada sebarang suara dari mak kerana kebiasaanya pada satiap malam mak akan mengerang kesakitan.malam tu senyap dan sunyi.aku pelik,biasa nya pada setiap malam aku akan terjaga dan duduk dekat mak,dan tak tidur sampai ke pagi,tp pada malam tu aku tak terbangun,jadi aku sambung balik tidur,

tepay pada pukul 3.15

"har,kakak cepat bangun tengok mak"kata makcik aku

tanpa banyak bicara aku terus bangun dan terus ke katil mak.kelihatan makcik aku (angah) sedang mengajar mak mengucap dua kalimah syahadah.aku terus genggam tangan mak,aku terus baring sebelah mak,aku terus bisikkan kalimah syahdah ke telinga mak,sehingga lah ke nafas mak yang terakhir.alhamdulilah mak pergi dengan tenang sekali.tenang sekali.aku kucup dahi mak.aku harus terima hakikat yang mak yang selama ni menjaga aku dah tiada,mak yang sentiasa menjaga makan,pakai aku semua,orang menjadi teman tidur aku setiap malam dah tiada.mak dah takde.

syukur alhamdulilah  mak pergi pada hari yang baik,semua urusan pengemebumian mak mudah sahaja.alhamdulilah.


mak,kakak sayang mak dunia akhirat,kakak harap kakak dapat jumpa mak dia alam sana.In sha Allah

kakak sayang mak :)







No comments:

Post a Comment